Kapal Tentera AS Rempuh Perairan Kepulauan Nansha China

2022-11-29 12:43:29  CRI
Share with:

Kolonel Kanan Tentera Udara China, Tian Junli yang selaku jurucakap penerangan Zon Pertempuran Selatan mendedahkan bahawa kapal penjelajah peluruh berpandu Chancellorsville milik Amerika Syarikat (AS) merempuh perairan berhampiran kepulauan Nansha China tanpa kebenaran kerajaan China pagi tadi.

Tindakan tentera AS itu dilihat mencabuli kedaulatan dan menjejaskan keselamatan China, dan membuktikan lagi amalan hegmoninya dalam bidang pelayaran di Laut China Selatan, plotnya mahu mengukuhkan kehadiran ketenteraan di perairan berkenaan, dan peranannya sebagai pembuat krisis keselamatan.

China mempunyai kedaulatan yang tidak boleh dinafikan terhadap kepulauan Laut China Selatan dan perairan di sekitarnya.

Pasukan yang bertugas di Zon Pertempuran Selatan China sentiasa berwaspada untuk mempertahankan keselamatan kedaulatan negara dan keamanan serta kestabilan di perairan terbabit.