Institut Standardisasi Automobil China Ditubuhkan

2022-11-29 13:39:58  CRI
Share with:

Institut Standardisasi Automobil China yang ditubuhkan di Tianjin pada Isnin, menjadi satu-satunya institusi profesional dalam bidang pengajian dan penggunaan standardisasi automobil di seluruh negara.

Dimaklumkan, Institut terbabit berperanan melaksanakan pengendalian teknikal terhadap piawaian industri automobil di peringkat kebangsaan, di samping bertindak sebagai wakil China dalam menangani urusan dengan  Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan institusi piawaian antarabangsa yang lain berhubung penyelarasan dan penyusunan peraturan. Penyelidikan standardisasi terhadap lebih 10 teknologi hadapan automobil dan penyusunan lebih 80 piawaian baharu adalah tugasnya pada masa mendatang, selain penyusunan dan penggubalan 15 piawaian automobil antarabangsa berdasarkan kerjasama dengan negara maju dan negara yang terlibat dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).