Bantu Palestin, Israel Wujudkan Keamanan Bersama

2022-11-29 13:38:24  CRI
Share with:

Masyarakat antarabangsa diseru menggalakkan dan membantu Palestin dan Israel mewujudkan keamanan bersama, ujar Wakil China ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Zhang Jun dalam sidang terbuka Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) berhubung isu Palestin di Asia Barat pada Isnin.

Menurut Zhang Jun, masyarakat antarabangsa diharap menumpukan perhatian yang sama terhadap tuntutan Palestin dan Israel dalam bidang keselamatan, menggalakkan kedua-dua pihak mencari dan mencapai kata sepakat sebanyak mungkin melalui dialog dan kerjasama, agar mewujudkan keamanan bersama. Selain itu, pihak penakluk seharusnya menunaikan kewajipan perundangan antarabangsa dengan bertindak melindungi keselamatan rakyat di tempat yang diduduki.

Beliau menambah, penambahbaikan keadaan ekonomi dan kemanusiaan Palestin perlu ditangani dengan cemas. China menyeru Israel melonggarkan sekatan terhadap orang dan barangan bantuan kemanusiaan serta pembangunan semula yang keluar masuk Genting Gaza, secepat mungkin membatalkan kepungan, di samping giat menyediakan syarat kondusif bagi pembangunan komuniti Palestin di tebing barat sungai Jordan. Sementara itu, masyarakat antarabangsa diseru membekalkan bantuan kepada Palestin dalam usahanya meredakan krisis kewangan, menjamin perkhidmatan awam, mengembangkan ekonomi serta menambahbaik hidup rakyat.

China menggesa Israel menjunjung tinggi resolusi No.2334 UNSC, menghentikan semua kegiatan di pusat penempatan, dan kembali ke landasan yang betul yang berpandukan pakej penyelesaian "dua negara".

China menyokong penubuhan Palestin berdaulat dan merdeka yang beribu negara Baitulmuqaddis Timur dengan sempadan yang digariskan pada tahun 1967, menyokong hidup secara damai antara Palestin dengan Israel serta pembangunan bersama kaum Arab dan Yahudi. China bersedia bersama dengan masyarakat antarabangsa, mengamalkan multilateralisme yang benar, mendorong penyelesaian isu Palestin dengan menyeluruh, adil dan berterusan, dan secepat mungkin merealisasikan kestabilan, pembangunan dan kemakmuran di rantau Asia Barat.