AS Digesa Berhenti Politikkan Isu Ekonomi

2022-11-29 11:41:55  CRI
Share with:

China menggesa Amerika Syarikat (AS) berhenti mempolitikkan isu ekonomi, perdagangan serta sains dan teknologi bahkan menggunakan isu tersebut sebagai senjata.

Demikian kata jurucakap Kementerian Luar China Zhao Lijian dalam sidang akhbar di Beijing pada Isnin sebagai respons terhadap kenyataan Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan AS (FCC) berhubung keputusannya yang melarang beberapa syarikat China daripada menyediakan peralatan telekomunikasi dan peranti pengawasan video kepada AS.

Zhao berkata, amalan AS tersebut satu lagi contoh mengamkan konsep 'keselamatan negara' dan menyalahgunakan kuasa negara untuk menindas syarikat China. 

"Amalan yang bertentangan dengan prinsip ekonomi pasaran tersebut, boleh menjadikan peraturan perdagangan antarabangsa beserta kepentingan syarikat China terjejas, dan sudah mendapat bantahan tajam dari pihak China.

"China menggesa AS menyediakan persekitaran perniagaan yang saksama, adil dan tanpa diskriminasi kepada syarikat asing termasuk syarikat China," kata Zhao. 

Beliau menegaskan, selain menggesa AS membetulkan kesalahannya, China akan terus bertindak pantas dan konsisten dalam mempertahankan hak dan kepentingan milik syarikat domestik.