Surat Tahniah Xi untuk Forum Perniagaan Tenaga China-Rusia

2022-11-29 17:11:01  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping mengutus surat tahniah kepada Forum Perniagaan Tenaga China-Rusia (RCEBF) ke-4 hari ini.

Beliau menyatakan bahawa kerjasama sumber tenaga China dan Rusia merupakan batu asas penting bagi kerjasama substantif kedua-dua negara dan juga elemen positif bagi pemeliharaan keselamatan sumber tenaga sejagat. Ketika menghadapi risiko dan cabaran luar, China dan Rusia memilih mempertingkat komunikasi dan koordinasi dalam mendorong pelaksanaan projek mega, yang menunjukkankerjasama kental kedua-dua pihak dalam bidang sumber tenaga. China bersedia bersama-sama dengan Rusia membina hubungan rakan kerjasama sumber tenaga yang lebih erat, merancakkan pembangunan sumber tenaga yang bersih dan hijau, sinergi memelihara keselamatan sumber tenaga dan kestabilan rantai industri dan rantai bekalan dalam senario global, agar memberikan sumbangan baharu kepada pembangunan pasaran sumber tenaga antarabangsa ke arah yang sihat dan lestari untuk jangka masa yang panjang.

Pada hari yang sama, Presiden Rusia Putin juga mengirim perutusan tahniah kepada forum itu.