Pelancaran Kapal Angkasa Shenzhou-15 Berjaya

2022-11-30 12:31:22  CRI
Share with:

Roket pembawa Long March-2F Y15 yang membawa kapal angkasa Shenzhou-15 berjaya dilancarkan di Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan tepat pukul 11.08 pada malam 29 November.

 

Kira-kira 10 minit setelah dilancarkan, kapal angkasa dan roket berjaya dipisahkan dan Shenzhou-15 memasuki orbit seperti yang ditetapkan.

 

Difahamkan, kru angkasawan Shenzhou-15 iaitu Fei Junlong, Deng Qingming dan Zhang Lu berada dalam keadaan yang sihat dan selamat dengan misi pelancaran turut mencapai kejayaan.

 

Setakat ini, kesemua 12 misi bagi tahap pengesahan dan pembinaan teknologi kunci stesen angkasa China telah diselesaikan.

 

Dalam tempoh enam bulan ketika dalam orbit, kru Shenzhou-15 akan menjalankan misi menguji keupayaan stesen angkasa dalam menampung penyerahan tugas kedua-dua kru dan merealisasikan penyerahan tugas kali pertama kru angkasawan di orbit.