Kemahiran Pembuatan Teh Tradisional China beserta Adat Resam Berkaitan, Warisan Budaya Tidak Ketara Dunia

2022-11-30 14:59:23  CRI
Share with:

Item "Kemahiran pembuatan teh tradisional China beserta adat resam berkaitan" yang diserahkan sebagai permohonan China telah diluluskan dalam penilaian dan perbahasan sempena mesyuarat Jawatankuasa Antara Kerajaan Warisan Budaya Tidak Ketara Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) di Rabat, Maghribi semalam waktu Beijing.

Item "Kemahiran pembuatan teh tradisional China beserta adat resam berkaitan" melibatkan pengendalian kebun teh, pemetikan daun teh, produk teh buatan tangan dan istiadat minum teh.

Setakat ini, China yang mempunyai 43 item yang tersenarai sebagai Warisan Budaya Tidak Ketara Dunia UNESCO, menduduki tempat pertama dalam ranking berkenaan.