Xi Adakan Rundingan dengan Presiden Laos

2022-11-30 20:36:24  CRI
Share with:

Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China yang juga Presiden China, Xi Jinping mengadakan rundingan dengan Setiausaha Agung Parti Revolusi Rakyat Laos yang juga Presiden Laos, Thongloun Sisoulith di Dewan Besar Rakyat Beijing hari ini.

Kedua-dua pihak menekankan bahawa hendaklah berpandukan 'kekal stabil, persahabatan kejiranan, saling percaya dan kerjasama menyeluruh', menyemarakkan semangat 'jiran baik, sahabat baik, komrad baik dan rakan baik', dan memperkasakan pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Laos melalui pemupukan rasa saling percaya dalam bidang politik, pencapaian yang sama untung dalam bidang ekonomi dan pertukaran serta penginsafan dalam bidang sosiobudaya. Ini juga merupakan sumbangan dan sebahagian dalam usaha mendorong pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Xi menyatakan bahawa Parti Komunis China bersedia bersama dengan Parti Revolusi Rakyat Laos meningkatkan perpaduan, kerjasama, pertukaaran dan saling membelajari, mengekalkan fikiran pembangunan yang mengutamakan rakyat, memperkukuh keyakinan terhadap pembangunan sosialis dan bersama-sama meneroka jalan baharu untuk mewujudkan modenisasi umat manusia. 

Xi menekankan bahawa dalam situasi baharu, kedua-dua pihak perlu memastikan perkembangan dua hala mengikuti arah yang tepat, memperkasakan hubungan ekonomi, perdagangan dan pelaburan. China akan menggalakkan lebih banyak syarikat domestiknya melabur ke Laos, mengalu-alukan kemasukan produk buatan Laos yang berkualiti ke pasaran China, dan bersedia merancakkan koordinasi dan kerjasama dengan Laos dalam rangka kerjasama Lancang-Mekong dan China-ASEAN.

Thongloun Sisoulith pula menyatakan harapannya untuk meningkatkan pertukaran lawatan antara jabatan dan agensi berkenaan, memperkukuh kerjasama dalam keselamatan awam dan pertahanan negara, meningkatkan kerjasama substantif dalam bidang ekonomi, perdagangan dan pelaburan di samping memupuk persefahaman dan menambah pertukaran sosiobudaya di kalangan rakyat kedua-dua negara, untuk menggalakkan hubungan bilateral terus berkembang.

Selepas rundingan itu, kedua-dua pemimpin turut menyaksikan penandatanganan dokumen kerjasama yang melibatkan parti politik, ekonomi dan perdagangan, kewangan, kebudayaan dan pendidik serta urusan daerah.