Berganding Bahu Rancakkan Pembangunan Kejiranan pada Era Baharu

2022-11-30 13:41:19  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping mengadakan rundingan dengan rakan sejawatnya dari Mongolia, Ukhnaagiin Khurelsuh di Beijing pada petang Isnin. Kedua-dua pihak bersepakat akan berganding bahu merancakkan pembangunan modeniasi serta mencapai konsensus tentang membina komuniti berkongsi nasib China-Mongolia pada era baharu.

Dalam pertemuan itu, Presiden Xi menekankan bahawa China bersedia bersama-sama dengan Mongolia saling menghormati kemerdekaan, kedaulatan dan keutuhan wilayah negara serta jalan pembangunan yang dipilih masing-masing, menyokong antara satu sama lain dalam isu yang melibatkan kepentingan teras dan keprihatinan utama. Manakala Presiden Khurelsuh menyatakan pihaknya mengamalkan dasar Satu China dengan tegas, dan menyokong dengan sepenuhnya pelaksanaan Inisiatif Pembangunan Global (GDI) dan Inisiatif Keselamatan Global (GSI). Kepercayaan politik yang ditunjukan itu dilihat sebagai dasar yang kukuh bagi kerjasama substantif dua hala dalam pelbagai bidang.

Menurut pengumuman bersama yang dikeluarkan, kedua-dua pihak menandatangani sebanyak 16 buah dokumen kerjasama dan menetapkan kesalinghubungan dan bidang sumber tenaga sebagai sektor utama kerjasama bilateral. Duta Besar Mongolia ke China, Tuvshin Badral menyatakan bahawa Mongolia dan China memperkasakan kerjasama selaras dengan kepentingan yang sama milik kedua-dua pihak, dan Mongolia berhasrat kuat mahu mengambil peluang daripada pembangunan China yang pesat. 

Terdapat satu pepatah Mongolia yang berbunyi “jiran sehati, nasibnya berkongsi”. China dan Mongolia, sebagai jiran, rakan dan sahabat baik, pasti akan mewujudkan pembangunan dan kemakmuran bersama pada era baharu.