China Kemaskinikan Langkah Kawalan COVID-19

2022-12-01 12:26:55  CRI
Share with:

Naib Perdana Menteri China, Sun Chunlan pada Rabu menyatakan akan memanfaatkan kepakaran dari pelbagai aspek dalam mengemaskinikan langkah kawalan pandemik COVID-19 di negara ini.

Setelah mendengar pendapat dan cadangan kumpulan pakar untuk mengemaskinikan langkah membendung penularan wabak pada sesi libat urus anjuran Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan, Sun berkata, dalam tempoh tiga tahun lalu, Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China dan Dewan Negara sentiasa mengutamakan kesihatan dan keselamatan nyawa rakyat.

Beliau berkata langkah pencegahan dan kawalan wabak perlu dikemaskini seiring dengan patogenisiti virus Omicron didapati semakin lemah, kadar pemvaksinan semakin meningkat dan pengalaman dalam membendung virus itu semakin bertambah.

Sun menegaskan bahawa hendaklah memperincikan tindakan pencegahdan dan kawalan COVID-19 yang merangkumi pelbagai aspek seperti diagnosis, ujian, rawatan, kuarantin serta pemvaksinan yang menyasarkan segala rakyat khususnya golongan warga tua, dan menambah simpanan ubat-ubatan dan sumber perubatan.

"Langkah-langkah pencegahan dan kawalan wabak yang meliputi protokol antipandemik sebanyak sembilan edisi dan protokol 20 fasal yang dikeluarkan untuk menangani perkembangan terkini dalam penularan wabak, mencerminkan pelaksanaan strategi negara yang konsisten, fleksibel dan cekap, dan terbukti berhasil besar bukan sahaja dalam melawan wabak tetapi juga dalam memacu pembangunan sosioekonomi," kata Sun.