Ucapan Xi dalam Sidang Pleno ke-7 Jawatankuasa Pusat PKC Penggal ke-19 Diterbitkan

2022-12-01 15:54:09  CRI
Share with:

Artikel Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China , Xi Jinping yang bertajuk “Ucapan dalam Sidang Pleno ke-7 Jawatankuasa Pusat PKC Penggal ke-19” diterbitkan dalam jurnal Qiushi edisi ke-23 hari ini.

Artikel yang pernah disampaikan sebagai ucapan itu berbunyi bahawa draf laporan Kongres Kebangsaan ke-20 PKC menjunjung tinggi bendera sosialis bercirikan China, menganalisis situasi di dalam dan luar negara, mengemukakan tema untuk Kongres Kebangsaan ke-20 PKC, mengimbas kembali dan membuat kesimpulan tentang kerja pada lima tahun lalu dan pembaharuan besar yang dilakukan dalam sedekad lalu yang disifatkan sebagai era baharu.

Artikel itu juga berperanan memacu perkembangan Marxisime ke arah keChinaan pada zaman moden dan modenisasi ala China, di samping menggariskan senario untuk pembangunan negara sosialis yang moden dan merancakkan kebangkitan nusa dan bangsa dengan menyeluruh serta menetapkan hala tuju dan panduan tindakan untuk perkembangan PKC dan negara dan usaha memperjuangkan matlamat Seratus Tahun kedua.