Jenazah Jiang Zemin Diterbangkan ke Beijing

2022-12-01 21:14:52  CRI
Share with:

Jenazah mantan Presiden China, Jiang Zemin dipindah dari Shanghai ke Beijing dengan kapal terbang khas petang tadi.

Barisan pemimpin negara termasuk Xi Jinping, Li Keqiang, Li Zhanshu, Wang Yang, Li Qiang, Zhao Leji, Wang Huning, Han Zheng, Ding Xuexiang, Li Xi dan Wang Qishan menunggu di lapangan terbang untuk menyambut ketibaan jenazah Jiang.

Menurut maklumat yang diumumkan Jawatankuasa Pengebumian Jiang Zemin pada 1 Disember, perhimpunan untuk menyampaikan dukacita dan memperingati jasa Jiang Zemin akan diadakan di Dewan Besar Rakyat Beijing bermula pukul 10.00, 6 Disember.