Presiden Laos Kagum Pencapaian China dalam Pembangunan Negara

2022-12-02 13:42:02  CRI
Share with:

Setiausaha Agung Parti Revolusi Rakyat Laos yang juga Presiden Laos, Thongloun Sisoulith  bertolak ke Muzium Parti Komunis China untuk melawat satu pameran yang bertema "Kekal setia dan perjuangkan misi pengasas" di Beijing pada Khamis.

Dalam sesi temu bual dengan wartawan China selanjutnya, beliau menyatakan, pencapaian yang dilakar dalam pembangunan China meninggalkan kesan mendalam kepadanya.

“Kongres Kebangsaan ke-20 PKC berjaya diadakan merupakan hasil yang teruja bagi PKC dan rakyat China,” kata beliau.

Thongloun Sisoulith menyatakan, beliau dan Presiden China Xi Jinping dalam perbincangan terbabit, telah menyingkap kembali hasil yang dibuahkan dalam perkembangan hubungan Laos-China pada beberapa tahun kebelakangan ini dan menggariskan hala tuju bagi perkembangan hubungan bilateral serta pembinaan komuniti berkongsi nasib pada masa depan.

“Laos dan China komited terus memacu perkembangan pembinaan komuniti berkongsi nasib Laos-China ke arah stabil dan mantap,” kata beliau.