Ucapan Antony Blinken Ingin Lawat China Disambut Baik

2022-12-02 12:54:25  CRI
Share with:

China mengalu-alukan ucapan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken tentang keinginannya melawat China demi mendorong kerja berkenaan selepas Presiden kedua-dua negara mengadakan pertemuan di pulau Bali, Indonesia baru-baru ini. Jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian menyatakan sedemikian dalam sidang media semalam.

Menurut laporan berkenaan, Blinken ketika diwawancara sebelum ini pernah menyatakan bahawa pertemuan Presiden AS-China tersebut amat berhasil. Lawatannya ke China nanti bertujuan meneruskan komunikasi dengan China untuk memastikan salurann komunikasi kedua-dua pihak lancar agar mengelakkan kemungkinan berlaku konflik  di samping mengekalkan kerjasama dalam isu yang berkait rapat dengan kedua-dua negara dan dunia.

Zhao menekankan bahawa China berharap pihak AS bertindak sehaluan dengan China, melaksanakan konsensus penting yang tercapai Presiden kedua-dua negara dengan bersungguh-sungguh, mengekalkan perbincangan untuk menetapkan prinsip panduan atau rangka strategik bagi hubungan bilateral, mencari dan menggubal pendekatan yang betul bagi pemeliharaan hubungan bilateral, dan mendorong hubungan kedua-dua negara kembali ke landasan perkembangan yang sihat dan stabil.