Kru Shenzhou-14 China Kembali ke Bumi Esok

2022-12-03 14:26:54  CRI
Share with:

Kru Shenzhou-14 China yang sedang berada di stesen angkasa lepas Tiangong milik negaranya dijadual akan kembali ke Bumi pada 4 Disember nanti.

Menurut maklumat dari Jabatan Kejuruteraan Penerbangan Angkasa Lepas Bermanusia (CMSEO) China, kru Shenzhou-14 telah menyelesaikan semua tugas mereka. Pelbagai sistem di tapak pendaratan Dongfeng di utara China telah menyelesaikan misi persiapan dan bersedia untuk menyambut pengembalian kumpulan angkasawan terbabit.

  

Untuk rekod, kru Shenzhou-14 dan kru Shenzhou-15 telah mengadakan majlis penyerahan anak kunci stesen angkasa lepas pada Jumaat. Ini merupakan kali pertama angkasawan China menjalankan penyerahan tugas dalam orbit dan juga melambangkan bermulanya mod residensi jangka panjang di stesen angkasa Tiangong.