AS Digesa Henti Coret Arang pada Muka China

2022-12-03 14:29:06  CRI
Share with:

Amerika Syarikat (AS) digesa bergerak sehaluan dengan China, melaksanakan dengan bersungguh-sungguh konsensus penting yang tercapai pemimpin kedua-dua negara bagi mewujudkan kaedah yang betul bagi pergaulan kedua-dua negara.

Demikian ujar jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian pada sidang akhbar pada Jumaat sebagai respons terhadap kenyataan Setiausaha Negara AS, Antony Blinken berhubung “NATO berjaga-jaga terhadap cabaran yang dicetuskan China" dan “AS kekal perihatin terhadap ‘pelaksanaan dasar paksaan China dan tindakannya menyebarkan maklumat palsu”.

Zhao juga lantang memberi ulasannya bahawa AS barulah pengasas, penginisiatif dan juara diplomasi paksaan.

“AS mempunyai rekod yang tidak terkira dalam menyebarkan maklumat palsu. Dari Operasi Mockingbird yang menyogok dan memanipulasi badan media bagi tujuan propaganda pada zaman Perang Dingin, ke ‘white powder’ dan video ‘White Helmets’ yang disifat AS sebagai bukti untuk melancarkan peperangan di Iraq dan Syria pada awal abad ini, hinggakan fitnah dan dusta yang dilemparkan untuk memburuk-burukkan pelaksanaan dasar pentadbiran China di wilayah Xinjiang, tindakan AS yang mengada-adakan bukti palsu dan menyebarkan maklumat palsu sudah diketahui umum di seluruh dunia,” kata Zhao.

Zhao menambah, jumlah belanjawan ketenteraan AS yang menduduki tempat pertama dalam ranking dunia, bersamaan dengan jumlah keseluruhan belanjawan ketenteraan sembilan negara berikutnya dalam rangking tersebut.

“Dalam tempoh hampir 250 tahun sejak penubuhan negaranya, AS hanya mempunyai 16 tahun yang tidak pernah menyaksikan berlakunya peperangan.

“AS mengendalikan lebih daripada 800 pangkalan tentera di luar wilayahnya. Operasi ketenteraannya di negara-negara seperti Iraq, Afghanistan dan Libya telah membawa tragedi kemanusiaan kepada penduduk yang tidak terkira jumlahnya.” kata Zhao.

Zhao menegaskan China berpegang kepada dasar luar yang damai dan bebas. “China tidak pernah terlibat dalam tindakan paksaan atau menyebarkan maklumat palsu.

“AS digesa menghentikan tindakan memfitnah dan mencoret arang pada muka China. Hubungan China-AS yang kukuh dan stabil memerlukan usaha kedua-dua belah pihak,” kata Zhao.