Forum Kerjasama Ekonomi China-Myanmar di Yangon

2022-12-04 15:21:09  CRI
Share with:

Forum Kerjasama Ekonomi China-Myanmar yang bertemakan “Perkembangan Baharu China dan Kerjasama China-Myanmar” diadakan di ibu pejabat Persatuan Industri dan Perniagaan Myanmar di Yangon pada 2 Disember waktu tempatan, diserikan dengan kehadiran lebih seratus tokoh kalangan industri dan perniagaan dari kedua-dua negara ini.

 

Para hadirin telah mengadakan perbincangan hangat tentang sinergi membina kominiti berkongsi nasib China-Myanmar, memperhalusi kerjasama substantifk dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi dan perdagangan, serta memacu pembinaan berkualiti tinggi dalam kerangka Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).

 

Duta Besar China ke Myanmar, Chen Hai, Kaunselor Ekonomi dan Komersial Kedutaan China ke Myanmar, Tan Shufu dan hadirin lain masing-masing menyampaikan ucapan dan menjalankan perbincangan yang bertujuan menyokong dan memudahkan kalangan industri dan perniagaan serta syarikat usaha sama.

 

Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) berkuatkuasa antara China dan Myanmar sejak 1 Mei lalu, yang dilihat boleh membawa peluang kerjasama baharu kepada kedua-dua pihak. Sementara itu, projek kerjasama kedua-dua negara dalam kerangka BRI pun berjalan lancar. Maka, masalah yang baru muncul dalam penguatkuasaan RCEP dan pelaksanaan projek utama turut dijadikan topik perbincangan para hadirin.