AS Hanya Jaga Laba Sendiri, Eropah Berputih Mata

2022-12-04 21:32:40  CRI
Share with:


Presiden Perancis, Emmanuel Macron telah mengakhiri lawatannya selama tiga hari di Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat lalu. Tujuan lawatannya kali ini adalah untuk berbincang dengan AS untuk membebaskan syarikat Eropah daripada penguatkuasaan “Undang-undang Pengurangan Inflasi” AS. Namun lawatan Macron segera menjadi sia-sia dan beliau terpaksa pulang dengan menyaksikan hubungan AS-Eropah yang semakin retak.

 

Pada bulan Ogos tahun ini, Presiden AS Joe Biden telah menandatangani “Undang-undang Pengurangan Inflasi” untuk melaksanakan sejumlah besar langkah perangsangan termasuk pemberian subsidi yang tinggi supaya mendorong pengeluaran dan penggunaan kenderaan elektrik dan teknologi hijau yang lain di AS. Tindakan AS itu telah menyebabkan negara-negara Eropah berasa tidak puas hati.


 

Untuk melindungi kepentingan Eropah, Macron memilih mengadakan satu jamuan di Istana Elysee untuk usahawan Eropah sebelum memulakan lawatannya ke AS, dan mengharapkan mereka mengekalkan operasi tali pengeluarannya di Eropah. Media Eropah khususnya media Perancis juga berharap agar lawatan Macron ke AS ini boleh membantu syarikat Eropah terlepas dari penguatkuasaan undang-undang tersebut.

 

Bagaimanapun, ketika menghadapi permintaan Macron, Biden berkata AS tidak perlu meminta maaf kepada Eropah, dan hanya boleh membuat "pengubahsuaian sedikit". Selanjutnya, tak nampak ada langkah yang lebih terperinci didedahkan. Media Jerman mengingati orang Eropah perlu berkesedaran jelas bahawa pilihan pertama AS selama ini hanya berfokus pada laba sendiri dalam isu yang melibatkan kepentingan ekonomi.

 

Kerajaan Biden membelanjakan USD500 ribu (RM2.2 juta) untuk mengadakan jamuan negara yang pertama sejak beliau menyandang jawatan Presiden AS. Jamuan itu dilihat sebagai tindakan memujuk dan menyenangkan Macron kerana Eropah masih diperlukan oleh AS dalam isu Rusia-Ukraine dan "persaingan" dengan China. Eropah bukan sahaja berperanan sebagai "penderma darah" bagi AS, malah berkhidmat bagi amalan hegemoninya.

 

Pada hakikatnya, AS sama sekali tidak pernah melihat Eropah sebagai rakan sekutunya, sebaliknya kerap kali menjadikannya sebagai "pelindung kesukaran", pembantu hegemoni ala AS dan mangsa korban demi kepentingan AS.

 

Sebelum lawatan Macron, surat khabar AS "Politico" pernah menjangkakan bahawa sekiranya AS gagal mencapai tolak ansur dengan Perancis dalam pertikaian pemberian subsidi, perang perdagangan rentas Atlantik tidak dapat dielakkan.