Pembelian Bijirin Tuaian Musim Gugur 70 juta Tan Lebih

2022-12-04 15:15:47  CRI
Share with:

Kerja pembelian bijirin tuaian musim gugur sedang dijalankan dengan teratur di seluruh China. Setakat 30 November lalu, jumlah bijirin yang selesai dibeli oleh syarikat dari pelbagai lubuk penghasilran mencatat 70.35 juta tan, bertambah 5.37 juta tan berbanding tempoh sama tahun lalu, dan proses pembelian pun lebih cepat berbanding tahun lalu.

Menurut maklumat Jabatan Pentadbiran Bijirin dan Simpanan Strategik Kebangsaan China, pembelian padi di kawasan bahagian selatan negara ini sudah diselesaikan hampir 70%, pembelian padi dan jagung di kawasan bahagian Timur Laut masing-masing diselesaikan kira-kira 40% dan 20%, manakala pembelian jagung di kawasan bahagian utara kira-kira 30%.