TPM Laos: Jalan Kereta Api Laos-China "Jalan Ekonomi"
Pada setahun yang lalu sejak beroperasinya, Laluan Kereta Api China-Laos telah menyaksikan peningkatan jumlah penumpang dan kargo dalam bilangan besar, dan peranannya sebagai laluan logistik antarabangsa yang hangat pun semakin menonjol. Ketika menghadiri majlis sambutan ulang tahun pertama pengoperasian laluan kereta api tersebut pada Sabtu, Timbalan Perdana Menteri Laos, Sonexay Siphandone menyatakan pihaknya akan bersama dengan pihak China membangunkan laluan terbabit sebagai "jalan ekonomi" demi kesejahteraan rakyat dan pembentukan komuniti berkongsi nasib Laos-China.
"Dengan adanya operasi kereta api sepanjang laluan Laos-China, landskap pengangkutan negara kami turut mengalami perubahan yang signifikan, dan kedudukan strategik negara kami pun meningkat banyak di pentas dunia. Sebelum ini, Laos hanya mempunyai landasan sepanajng 3.5 kilometer sahaja, dan sekarang ini sudah berkembang menjadi negara yang menduduki tempat ke-28 dalam ranking dunia dan tempat pertama dalam ranking ASEAN berhubung kepanjangan jalan kereta api perkapita, sekaligus menjadi hab pengangkutan di Semenanjung China-Indochina," kata beliau.
Menurut statistik berkenaan, seramai 8.5 juta orang penumpang dan 11.2 juta tan kargo telah dihantar pada setahun lau menerusi Lalu itu, yang disifatkan sebagai produk awam antarabangsa dan wahana kerjasama antarabangsa yang hangat. Pengerusi Lembaga Pengarah Syarikat Kereta Api Laos-China, Ju Guojiang berkata, pihaknya melihat keselamatan pengangkutan sebagai keutamaan dalam pengendalian pada tahun lalu. Seramai 1.269 juta orang penumpang dan 1.996 juta tan kargo telah dihantar melalui landasan di bahagian Laos, antaranya 1.576 juta tan kargo merentasi sempadan. Selain itu, latihan yang dianjurkan pihak pengendali untuk memupuk kepakaran setempat terbukti kondusif bagi bukan sahaja perkembangan industri berkenaan, tetapi juga pengambilan pekerjaan lebih 100,000 orang.