Festival Dokumentari China Diadakan di Ibu Pejabat UNESCO

2022-12-04 14:51:50  CRI
Share with:

Festival Dokumentari China (CDF) anjuran bersama Kumpulan Media China (CMG) dan Misi Tetap China ke Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) diadakan dengan jayanya di ibu pejabat UNESCO di Paris, Perancis, pada Sabtu.

Ini merupakan kali pertama CDF membawa lebih daripada 50 filem ke suatu pertubuhan antarabangsa untuk ditayangkan.

Dokumentari CGTN "Human Carbon Footprint" ditayangkan secara menyeluruh buat kali pertama pada acara tersebut. 

Presiden CMG, Shen Haixiong dalam acara itu berkata, pada tahun 2014, Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya di ibu pejabat UNESCO pernah mencadangkan pelbagai pihak perlu menimba kebijaksaan dari pelbagai tamadun untuk menambah unsur tabah kepada jiwa dan berganding bahu ke arah menangani pelbagai cabaran yang dihadapi umat manusia.

"CMG akan bekerjasama dengan rakan-rakan di dalam dan luar negara untuk menyumbang kepada pembentukan komuniti berkongsi nasib sesama insan dengan filem sebagai salurannya, dan memupuk lebih banyak keyakinan dan kekuatan di planet kita sepanjang kemaraan ke arah yang lebih baik untuk manusia pada masa depan," katanya.

Presiden sesi ke-41 Perhimpunan Agung UNESCO, Santiago Mourao pula menghargai semangat yang disampaikan dalam dokumentari "Human Carbon Footprint".

“Semangat inovatif dan hak inisiatif pelbagai tempat perlu dimanfaatkan sepenuhnya dalam menggubal pakej penyelesaian isu iklim yang konsisten.

“Terdapat banyak kes yang menyakinkan di seluruh dunia yang boleh membukti bahawa manusia sedang membentuk semula hubungan mereka dengan alam semula jadi,” kata beliau.