Gunung Semeru Meletus, Dua Ribu Penduduk Dipindahkan

2022-12-05 11:18:38  CRI
Share with:

Gunung berapi Semeru di Indonesia meletus semalam, dan seramai 1,979 penduduk tempatan dipindahkan segera demi keselamatan, kata Agensi Mitigasi Nasional Indonesia.

Sementara itu, tiada kecederaan atau kematian dilaporkan. 

Pihak berkuasa tempatan turut mengingatkan penduduk tempatan agar menjauhkan diri dari kawasan berhampiran, di samping menaikkan status amaran gunung berapi ke tahap teringgi, iaitu kelas keempat.