40 Ribu Keluarga AS Terjejas Gangguan Bekalan Elektrik

2022-12-05 11:46:28  CRI
Share with:

Dua pencawang transformer disabotaj di kaunti Moore, North Carolina, Amerika Syarikat (AS), mengakibatkan gangguan bekalan elektrik di kawasan terbabit.

Menurut laporan CNN semalam, gangguan itu juga menyebabkan banyak kemalangan trafik kerana lampu isyarat tidak berfungsi.

Menurut data “Duke Energy outage map”, seramai 44,610 isi rumah di North Carolina putus bekalan tenaga sehingga 3.30 petang semalam.

Menurut pegawai bomba dan penyelamatan tempatan, bekalan tenaga dijangka akan pulih seawal 5 Disember.