Sampel Eksperimen Shenzhou-14 Diserahkan kepada Saintis

2022-12-05 12:25:24  CRI
Share with:

Kumpulan ketiga sampel eksperimen sains angkasa dari stesen angkasa China, yang dibawa balik oleh kapal Shenzhou-14 telah diserahkan kepada sistem aplikasi angkasa lepas di tapak pendaratan semalam.

Selepas tiba di Pusat Kejuruteraan dan Teknologi Aplikasi Angkasa Akademi Sains China, sampel tersebut kemudian diserahkan kepada saintis untuk penyelidikan selanjutnya.

Difahamkan bahawa sampel yang dibawa balik itu termasuk tiga pek sejuk sampel biologi dan satu beg sampel bebas kontena. Tiga pek sejuk sampel biologi itu mengandungi sampel eksperimen padi dan Arabidopsis. Benih padi dan Arabidopsis tersebut ditanam di stesen angkasa China dan menyelesaikan pertumbuhan dari benih ke benih selama 120 hari di angkasa. Ia juga kali pertama benih padi diperoleh di orbit di dunia.