Kereta Api Yiwu-Xinjiang-Eropah Baharui Rekod

2022-12-05 13:20:22  CRI
Share with:

Kereta api kargo China-Eropah “Yiwu-Xinjiang-Eropah” yang membawa 100 TEU bertolak dari bandar Yiwu, melalui pelabuhan Erenhot dan menuju ke Moscow semalam.

Ini merupakan kereta api “Yiwu-Xinjiang-Eropah” ke-1,506 pada tahun ini. Jumlah kereta api itu melebihi 500 dan 1,000 kali masing-masing pada tahun 2019 dan 2021.

Jumlah perlepasan kereta api dari Yiwu dan kadar peningkatan kereta api pergi balik masing-masing mencecah rekod tertinggi pada 2022.

Sehingga 4 Disember lalu, sebanyak 124,000 TEU dihantar dan meningkat 26 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu. Sementara itu, jumlah perdagangan melalui kereta api tersebut mencatat RMB18.63 bilion (RM11.64 bilion) dalam tempoh 10 bulan pertama tahun ini.