Akta Pengurangan Inflasi AS akan Burukkan Persaingan: Von der Leyen

2022-12-05 13:15:52  CRI
Share with:

Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen menyatakan bahawa Akta Pengurangan Inflasi Amerika Syarikat (AS) akan mengakibatkan persaingan tidak adil dan penutupan pasaran, serta akan memecahkan rantaian bekalan global.

Itulah sebabnya akta itu mengalami begitu banyak penyiasatan tambahan di Eropah dan kawasan lain di dunia, katanya ketika menyampaika ucapan di Kolej Eropah, Bruges, Belgium semalam. 

Beliau berkata, berperang dagang yang berkos tinggi dengan AS tidak bersesuaian dengan kepentingan Eropah, begitu juga AS.