Penyelidik Temui ‘Kunci’ Percambahan Biji Benih Padi dan Gandum

2022-12-06 14:24:31  CRI
Share with:

Penyelidik China telah berjaya menemui ‘kunci’ untuk mengawal percambahan biji padi dan gandum baru-baru ini.

Menurut hasil penyelidikan oleh kumpulan saintis yang diketuai oleh Prof. Chu Chengcai dan Prof. Gao Caixia dari Institut Genetik dan Biologi Pembangunan (IGDB) Akademi Sains China (CSA), kunci itu ialah Seed Dormancy 6 (SD6) dan ICE2, dua gen yang mengawal dorman benih.

Penyelidik berpendapat bahawa kawalan ke atas kedua-dua gen tersebut akan dapat menyelesaikan masalah pre-harvest sprouting  (PHS) yang mengakibatkan kerugian tuaian hasil pertanian.

Hasil penyelidikan tersebut telah diterbitkan dalam majalah Nature Genetics secara dalam talian pada 5 Disember.