Anwar Beri Penghormatan Terakhir kepada Mendiang Jiang Zemin

2022-12-06 16:43:50  CRI
Share with:


Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi penghormatan terakhir kepada bekas Presiden China, Jiang Zemin di Kedutaan Besar China ke Malaysia di Kuala Lumpur, ditemani Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir hari ini.

Beliau mewakili kerajaan dan rakyat Malaysia menyampaikan rasa dukacita dan simpati kepada kerajaan dan rakyat China.

Anwar menyatakan, mendiang Jiang telah membuat sumbangan besar dalam meningkatkan hubungan China-Malaysia bahkan China-ASEAN. Kepemimpinan cemerlang dan legasi mendiang akan diingat untuk selama-lamanya.

Beliau menyatakan bahawa kerajaan baharu Malaysia mementingkan hubungan dengan China. Pihaknya bersedia bersama-sama China merapatkan hubungan dua hala, di samping meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang, agar melonjakkan hubungan Malaysia-China ke tahap baharu.

Duta Besar China ke Malaysia, Ouyang Yujing menerima kunjungan Anwar.