‘Pasar Raya Amal’ Mesra Rakyat dalam Komuniti

2022-12-06 21:37:29  CRI
Share with:

Komuniti Yimin di pekan Qingyunpu, bandar Nanchang, provinsi Jiangxi padat keluarga yang berpendapatan rendah dengan 30 peratus antaranya tersenarai sebagai penerima elaun sara hidup minimum.

Pada tahun 2022, “Pasar Raya Amal” dibina dan mula beroperasi dalam komuniti Yimin di pekan Qingyunpu. Sebanyak lebih 60 jenis jualannya yang meliputi makanan dan barang kegunaan harian, mempunyai kualiti yang terjamin dan dijual pada harga yang lebih rendah daripada tempat lain.

Pasar raya komuniti di bawah pengendalian yang berjangka panjang yang bermodelkan ‘belajawan kerajaan + dermaan sektor swasta’ ini, disifatkan betul-betul ‘mesra rakyat’, khususnya bagi golongan yang hidup susah.