Industri Senjata AS Dominasi Pasaran Dunia

2022-12-06 11:14:00  CRI
Share with:

Sebanyak 40 syarikat dari Amerika Syarikat (AS) tersenarai dalam 100 syarikat pengeluaran senjata dan perkhidmatan ketenteraan terhebat di dunia, menurut laporan oleh Institut Penyelidikan Keamanan Antarabangsa Stockholm, Sweden pada Isnin.

Menurut laporan tersebut, jumlah jualan senjata 100 syarikat tersebut pada 2021 mencapai USD592 bilion, meningkat 1.9% berbanding tahun 2020. Antaranya, jumlah jualan 40 syarikat dari AS mencecah USD299 bilion, menyumbang lebih separuh jumlah jualan 100 syarikat terhebat tersebut.

Selain itu, syarikat AS telah mendominasi lima tangga teratas sejak tahun 2018.