AS Harus Bertanggungjawab atas Kebuntuan Perjanjian Nuklear Iran

2022-12-06 13:56:00  CRI
Share with:

Amerika Syarikat (AS) yang lain di mulut dan lain di hati, serta sikapnya yang tidak bertanggungjawab adalah punca yang menyebabkan Perjanjian Nuklear Iran menghadapi kebuntuan. Oleh itu, AS harus bertanggungjawab penuh atas situasi semasa ini. 

Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar Iran, Nasser Kanani dalam sidang akhbar pada Isnin.

Beliau berkata, AS tidak menunaikan komitmennya membabitkan Perjanjian Nuklear Iran dan inilah punca utama kebuntuan Perjanjian Nuklear Iran.

Beliau menambah, ini juga menimbulkan kesangsian pihak luar terhadap solusi pelbagai hala tentang isu-isu antarabangsa yang kompleks, dan kesemua pengaruh negatif tersebut adalah disebabkan tindakan kerajaan AS yang kurang baik.