Kereta Api China-Laos Signifikan dalam Kesalinghubungan Serantau
Sempena sambutan ulang tahun pertama pengoperasian kereta api China-Laos pada 3 Disember lalu, kereta api rantai sejuk buah-buahan yang pertama dilancarkan di landasan tersebut, dan dengan ini hasil pertanian dari negara-negara ASEAN termasuk Thailand dan Laos dapat dihantar ke China melalui kereta api.
Jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning dalam sidang taklimat pada Isnin mengatakan, dalam tempoh setahun lalu, sebanyak 24 stesen penumpang dan kargo dibuka di sepanjang landasan kereta api China-Laos. Seramai 8.5 juta penumpang dan 11.2 juta tan kargo dihantar melalui kereta api tersebut.
Sementara itu, kargo yang dihantar bertambah daripada lebih 10 kepada lebih 1,200 jenis pada masa ini.
Pada masa sama, penggabungan landasan kereta api China-Laos dengan landasan kereta api China-Thailand dipergiat, dan akan membentuk jaringan landasan kereta api di Semenanjung Indochina.
Kerjasama antara China, Laos dan Thailand berdasarkan kereta api dijangka akan melonjakkan taraf pembangunan subrantau, dan peranan laluan logistik antarabangsa itu akan menjadi kian besar.