AS Digesa Buang Mentaliti Perang Dingin

2022-12-06 14:44:47  CRI
Share with:

Beijing membantah Laporan Pembangunan Ketenteraan dan Keselamatan China 2022 yang dikeluarkan Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini, dan menyifatkannya sebagai memutarbelitkan dasar pertahanan dan strategi ketenteraan negara Tembok Besar.

Dalam satu kenyataan melalui Kementerian Pertahanannya, China mengulangi komitmen untuk mengekalkan jalan pembangunan secara damai dan mengamalkan dasar pertahanan bersifat defensif.

Menurut kenyataan itu lagi, China juga sentiasa menjadi pembina kedamaian dunia, penyumbang pembangunan global dan penjaga orde antarabangsa.

AS digesa membuang mentaliti Perang Dingin, memandang pembangunan pertahanan China secara objektif dan rasional, serta mengambil tindakan praktikal untuk mendorong hubungan sesama negara dan tentera kembali ke landasan yang sihat dan mantap.