Jumlah Kemudahan Mesra OKU Semakin Banyak di Nanchang

2022-12-06 21:42:08  CRI
Share with:

Sejak tahun ini, kemudahan mesra orang kurang upaya (OKU) giat dibina di daerah Honggutan, bandar Nanchang, provinsi Jiangxi, dengan tujuannya menjadikan perjalanan mereka lebih selamat dan mudah.

Setakat ini, sebanyak 252 kemudahan mesra OKU sudah selesai dibina di pusat beli belah, kompleks perniagaan, bangunan pejabat, pusat perniagaan hasil pertanian, dewan pentadbiran, hotel dan hospital di daerah tersebut.