You Yuqiong Mahu Legasi Teh Wuyi Berterusan

2022-12-06 14:07:06  CRI
Share with:

You Yuqiong, salah seorang pewaris kumpulan pertama teknik membuat teh jenis Wuyi rock.

Sekitar 1990-an, bapa Yuqiong membimbing penduduk sekampung untuk menanam dan memasarkan teh, sehingga menyaksikan mereka bebas daripada kemiskinan pada tahun 2000.

Kini, hasrat paling besar Yuqiong adalah untuk mewariskan teknik tersebut kepada anaknya.

Dilaporkan, teknik membuat teh tradisional China dan adat resam yang berkaitan telah disenaraikan sebagai warisan budaya bukan benda oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) mutakhir ini.