Xi Tiba di Riyadh

2022-12-07 21:18:18  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping tiba di Riyadh, ibu negara Arab Saudi pada petang Rabu waktu tempatan dengan menaiki pesawat khas.

Beliau akan menghadiri Sidang Kemuncak China-Negara-negara Arab pertama, dan Sidang Kemuncak China-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) yang diadakan di Riyadh, serta mengadakan lawatan rasmi ke Arab Saudi, pada 7 hingga 10 Disember.

Pesawat khas Xi Jinping diiringi empat jet pejuang Tentera Udara Saudi Diraja setelah memasuki ruang udara Arab Saudi, dan enam jet Helang Saudi dari pasukan aerobatik diraja negara itu setelah memasuki ruang udara Riyadh.

Xi disambut dengan satu majlis yang cukup meriah dan mesra oleh tuan rumah di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khalid.

Dalam ucapan bertulisnya di lapangan terbang, Xi Jinping menyatakan bahawa sejak penubuhan hubungan diplomatik antara China dan Arab Saudi pada 32 tahun yang lalu, kesalingpercayaan strategik antara kedua-dua negara ditingkatkan, dan kerjasama pragmatik dalam pelbagai bidang turut mencapai hasil yang memuaskan.

Xi berkata, sejak kedua-dua negara menubuhkan hubungan perkongsian strategik komprehensif pada 2016, Raja Salman dan Presiden Xi telah mengetuai hubungan China-Arab Saudi untuk mencapai pembangunan yang besar, bukan sahaja memberi manfaat kepada kedua-dua negara, tetapi juga menggalakkan keamanan, kestabilan, kemakmuran dan pembangunan serantau.  

Semasa lawatan kali ini, Xi akan bertukar-tukar pandangan dengan Raja Salman dan Putera Mahkota Mohammed mengenai hubungan dua hala dan isu antarabangsa dan serantau yang menjadi perhatian bersama. Selain itu, pimpinan kedua-dua negara juga akan bersama-sama merancang hala tuju pembangunan hubungan China-Arab Saudi pada masa akan datang.