China Berjaya Bina Makmal Spektroskopi In Situ Laut Dalam di Laut China Selatan

2022-12-07 12:04:54  CRI
Share with:

Kumpulan penyelidik dari Institut Oseanologi Akademi Sains China (IOCAS) telah berjaya membangunkan sistem pengesanan spektroskopi Raman multi-saluran (Multi-RiPs) laut dalam yang pertama di dunia, dan telah berjaya membina makmal spektroskopi in situ laut dalam di kawasan mata air sejuk di Laut China Selatan.

Menurut penyelidik dari IOCAS, Zhang Xin, sistem makmal tidak bermanusia itu boleh menahan tekanan dasar laut sehingga 4,500 meter pada tahap maksimum, iaitu meliputi kebanyakan kawasan di Laut China Selatan. Ia boleh digunakan di kawasan hidroterma laut untuk mengkaji sulfida dan mineral di laut dalam kelak.