Kilang Robot ABB Terbesar Beroperasi di Shanghai

2022-12-07 18:13:39  CRI
Share with:

Satu kilang robot super milik ABB beroperasi secara rasmi di Daerah Baharu Putong, bandar Shanghai pada 2 Disember.Kilang yang seluas 67,000 meter persegi dan menelan pelaburan sebanyak USD150 juta (RM660 juta)ini, berfungsi sebagai pangkalan penyelidikan, pengeluaran dan penggunaan robot yang terbesar dalam senario global ABB. Di situ, konsep yang terkini tentang ‘robot buatan robot’ akan dijadikan realiti. Menurut rancangan berkenaan, robot buatan kilang ini bukan sahaja akan dibekalkan ke pasaran China, tetapi juga akan dieksport ke seberang laut.