COP15 di Montreal Tumpukan Pembinaan Komuniti Berkongsi Nasib Hidupan di Bumi

2022-12-07 13:12:28  CRI
Share with:

Fasa kedua Persidangan Pihak-pihak ke-15 (COP15) Konvensyen Biodiversiti Bangsa-Bangsa Bersatu (CBD) diadakan di Montreal, Kanada pada 7 Disember. Temanya ialah “Tamadun Ekologi: Bina Komuniti Berkongsi Nasib untuk Semua Hidupan di Bumi”. 

China sebagai negara pengerusi COP15 ini akan menerajui urusan substantif dan politik persidangan berkenaan.

Menteri Ekologi dan Alam Sekitar China, Huang Runqiu menyatakan bahawa China sebagai negara pengerusi COP15, akan terus memainkan peranan pimpinan, berusaha sedaya upaya untuk mendorong dan menyelaraskan pelbagai pihak untuk mencapai persepakatan.

Pada masa sama, menurut Huang, China akan berusaha mendorong persidangan kali ini meluluskan Rangka Biodiversiti Global (GBF) pasca 2020 demi perlindungan biodiversiti dunia, membina komuniti berkongsi nasib untuk semua hidupan di bumi serta kampung halaman indah dan harmoni.