Kebangkitan China bukan Alasan Pulaukan China: Scholz

2022-12-07 14:14:20  CRI
Share with:

“Kebangkitan China bukanlah alasan untuk mempulaukan China atau mengekang kerjasama dengan China,” kata Canselor Jerman, Olaf Scholz melalui artikelnya yang diterbitkan dalam majalah Foreign Affairs baru-baru ini.

Beliau mengatakan bahawa dunia tidak mengalami Perang Dingin baharu pada masa ini, dan beliau tidak bersetuju dengan pandangan yang menjangkakan China dan Amerika Syarikat (AS) akan berkonfrontasi.

Mengulas kenyataan Scholz tersebut, jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning mengatakan, China mempertahankan dasar luar untuk memelihara kedamaian dunia dan mendorong pembangunan bersama, serta komited mengadakan kerjasama munibah dengan pelbagai negara. Fakta membuktikan bahawa pembangunan China ialah peningkatan tenaga kedamaian dunia serta penggerak dan peluang bagi pembangunan sejagat.

Mao berkata, pembangunan China tidak dapat terpisah dengan dunia, sementara kemakmuran duia pula tidak dapat terpisah dengan China. China akan terus mengamalkan keterbukaan bertahap tinggi dan berkongsi peluang pembangunan dengan masyarakat antarabangsa.