Pucuk Pimpinan PKC Kaji Kerja Ekonomi 2023

2022-12-07 14:21:17  CRI
Share with:

Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) mengadakan mesyuarat semalam, menganalisis dan mengkaji kerja ekonomi tahun 2023, di samping meneliti dan mengatur kerja antirasuah.

Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC, Xi Jinping mempengerusikan mesyuarat tersebut.

Mesyuarat itu menegaskan, China akan berpandukan Fikiran Xi Jinping mengenai Sosialisme Bercirikan China pada Era Baharu, melaksanakan semangat Kongres Kebangsaan ke-20, mempergiat pembangunan modenisasi ala China, mengutamakan kestabilan dalam pembangunan, mengekalkan konsep pembangunan baharu, mempercepat pembinaan paradigm pembangunan baharu, memperkukuh pembangunan berkualiti tinggi, menyelaraskan usaha pencegahan wabak dengan pembangunan sosioekonomi, memperkasakan keterbukaan dan pembaharuan, mengukuhkan keyakinan pasaran, menggabungkan pelaksanaan strategi meluaskan permintaan domestik dengan memperdalam pembaharuan pihak pembekalan, serta menumpukan kepada usaha menstabilkan pertumbuhan, pekerjaan dan harga barangan.