Pencawang Disabotaj, Bekalan Tenaga Putus Tiga Hari
2022-12-07 11:16:25 CRI
Menurut laporan Reuters, sejak dua pencawang elektrik di North Carolina, Amerika Syarikat (AS) disabotaj pada petang 3 Disember, berpuluh-puluh ribu isi rumah dan syarikat tempatan telah terputus bekalan tenaga selama tiga hari.
Duke Energy, pembekal tenaga di kawasan terbabit menyatakan bahawa setakat pagi 6 Disember, sebanyak lebih 35,000 pengguna di kaunti Moore terputus bekalan tenaga.
Pada masa ini, Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), Jabatan Tenaga (DoE) dan pihak penguatkuasa undang-undang negeri dan tempatan sedang menjalankan penyiasatan ke atas kes sabotaj tersebut.