Perniagaan di Grand Bazaar Urumqi Kembali Pulih

2022-12-08 15:26:36  CRI
Share with:

Aktiviti perniagaan kembali pulih di laluan pejalan kaki Grand Bazaar Urumqi, Xinjiang baru-baru ini.

Pengusaha kedai melakukan penyahjangkitan secara menyeluruh terhadap premis masing-masing, sambil menambah lagi stok mereka bagi membekalkan barangan yang pelbagai.

Menurut tinjauan dan pertimbangan kerajaan tempatan, adalah sesuai untuk menurunkan tahap kecemasan ke tahap rutin dalam bidang pencegahan dan kawalan pandemik COVID-19 di bandar Urumqi pada masa ini.