Dorong Hubungan China-Arab Saudi Capai Kemajuan Baharu: Xi

2022-12-08 21:48:24  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping mengadakan pertemuan dengan Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Arab Saudi, Mohammed bin Salman Al Saud di istana diraja di Riyadh pada Khamis.

Xi mengatakan bahawa hubungan antara China dengan Arab Saudi berkembang pada taraf tinggi pada beberapa tahun kebelakangan ini. China meletakkan hubungan dengan Arab Saudi sebagai keutamaan dalam dasar luar negara ini, khususnya dasar terhadap Asia Barat.

Beliau berkata, China bersedia bekerjasama dengan Arab Saudi dalam mewujudkan kebangkitan bangsa masing-masing, meningkatkan sinergi dalam strategi pembangunan, memperkasakan kerjasama pragmatik dalam pelbagai sektor, di samping meningkatkan komunikasi dan koordinasi dalam hal ehwal serantau dan antarabangsa agar mendorong hubungan perkongsian strategik komprehensif China-Arab Saudi mencapai kemajuan baharu.

Putera mahkota Mohammed pula menyatakan, hubungan persahabatan antara Arab Saudi dengan China bersejarah lama dan kepercayaan politik kian ditingkatkan. Kedua-dua negara telah menjalankan kerjasama muhibah dalam pelbagai sektor.

Beliau percaya pertemuan mereka kali ini pasti akan dapat memperkasakan hubungan perkongsian strategik komprehensif kedua-dua negara, bermanfaat bagi memelihara dan mewujudkan kepentingan bersama rakyat kedua-dua negara.