Media China, Arab Berseminar di Riyadh

2022-12-08 14:14:32  CRI
Share with:

Seminar Media China-Arab yang bertemakan ‘New Journey: China and the World’ berlangsung dengan jayanya di Riyadh, Arab Saudi pada Isnin.

Dianjurkan atas inisiatif Kumpulan Media China (CMG), acara itu menarik penyertaan lebih 30 media arus perdana dari negara-negara Arab. 

Duta Urusan Forum Kerjasama China-Negara Arab (CASCF) Kementerian Luar, Li Chen dalam ucapannya pada seminar itu berkata berdepan perubahan yang tidak pernah disaksikan sepanjang abad, kedua-dua pihak perlu terus menjadi rakan kongsi yang bersatu padu, berkolaborasi dan maju bersama.

Beliau turut menyarankan supaya China dan negara Arab bersinergi memacu pembangunan berkualiti Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), menggalakkan pelaksanaan Inisiatif Pembangunan Global (GDI) dan Inisiatif Keselamatan Global (GSI), di samping memperkukuh persefahaman dalam kalangan rakyat.

Sementara itu, ketua Palestine Official Media, Ahmad Assaf berharap agar media China dan negara Arab terus memperkukuh interaksi dan kerjasama sehingga menjadi jambatan yang menghubungkan politik, ekonomi dan budaya kedua-dua pihak.

Timbalan Ketua Editor Al-Ahram Mesir, Tarek el-Sonoty pula menyatakan hubungan antara negara-negara Arab dengan China telah mencapai kemajuan besar dalam tempoh sedekad lalu.

Untuk rekod, jumlah perdagangan antara kedua-dua pihak melebihi AS$300 bilion (RM1.32 trilion) pada 2021, meningkat 37 peratus berbanding tahun sebelumnya.

“Jalinan perkongsian strategik komprehensif Mesir-China telah menyumbang kepada kerjasama lebih kukuh antara dunia Arab dengan negara Tembok Besar itu.

“Kami yakin ikatan kerjasama itu akan terus dipererat pada masa depan, membolehkan negara-negara Arab berkongsi lebih banyak peluang daripada pembangunan China,” ujar beliau.