Kerjasama China-Arab Lakar Kecemerlangan

2022-12-09 13:25:55  CRI
Share with:

China dan negara-negara Arab telah melaksakanakan lebih 200 projek kerjasama melibatkan pembinaan prasarana dan sumber tenaga, sekali gus memberikan limpahan manfaat kepada 2 bilion penduduk di negara-negara terlibat.

Jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning dalam sidang akhbar di Beijing semalam berkata China dan Palestin telah memeterai memorandum persefahaman tentang inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) pada bulan ini. Setakat ini, China telah memeterai dokumen kerjasama BRI dengan 21 buah negara Arab dan Liga Arab.

Beliau berkata, pembangunan BRI berkualiti tinggi diyakini akan memberi lebih banyak manfaat kepada rakyat pelbagai negara, termasuk negara-negara Arab.