Semoga Piala Dunia Qatar Berjaya dan Cemerlang: Xi

2022-12-09 21:58:56  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping bertemu dengan Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani di Riyadh, Arab Saudi pagi tadi.  

Xi terlebih dahulu menyampaikan mogaan agar Piala Dunia Qatar diadakan dengan berjaya dan cemerlang. 

“Penganjuran Piala Dunia memaparkan keupayaan Qatar, sekali gus menyuntik kedinamikan dan tenaga positif kepada masyarakat antarabangsa yang menghadapi ketidaktentuan pada masa ini,” ujar Xi.

Beliau menambah bahawa tahun depan ialah ulang tahun ke-35 ikatan diplomatik China-Qatar. China bersedia mengambil peluang itu, meningkatkan hubungan perkongsian strategik dengan Qatar, agar melonjakkan hubungan itu ke tahap lebih tinggi.

Emir Sheikh Tamim pula berkata, syarikat China gelah membina stadium terbesar di Qatar, iaitu venue utama Piala Dunia, di mana pertandingan akhir akan diadakan.

“Hubungan Qatar dan China sungguh baik pada masa ini. 

“Qatar tidak akan meletakkan halangan ke atas kerjasama dengan China, malah akan meningkatkan pelaburan ke China.” kata beliau.