Tingkatkan Perkongsian Strategik Komprehensif China, Arab Saudi: Xi

2022-12-09 09:39:48  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping mengadakan pertemuan dengan raja Arab Saudi, Salman bin Abdulaziz Al Saud di Istana al-Yamamah Riyadh pada Khamis petang.

Xi mengatakan, kerjasama antara China dengan Arab Saudi mempunyai prospek yang cerah. China menganggap Arab Saudi sebagai tenaga penting dalam dunia multi-pola dan memberikan perhatian tinggi terhadap hubungan perkongsian strategik komprehensif dengan negara itu.

Menurut Xi, China bersedia meningkatkan komunikasi strategik dengan Arab Saudi, memperkasakan kerjasama dalam pelbagai bidang demi memajukan kepentingan pembangunan kedua-dua negara serta memelihara kedamaian dan kestabilan dunia.

Raja Salman pula berkata, beliau memberikan perhatian tinggi terhadap hubungan dengan China dan bersedia bersama-sama Presiden Xi untuk mengintensifkan hubungan perkongsian strategik komprehensif dua hala demi memberikan limpahan manfaat kepada rakyat kedua-dua negara. Ini juga bermanfaat bagi mewujudkan kedamaian, kesabilan dan keamanan serantau dan dunia.

Kedua-dua pemimpin telah menandatangani Perjanjian Hubungan Perkongsian Strategik Komprehensif Republik Rakyat China dengan Kerajaan Arab Saudi.