Bina Komuniti Berkongsi Nasib China-Mesir: Xi

2022-12-09 09:43:12  CRI
Share with:


Presiden China, Xi Jinping bertemu dengan rakan sejawatnya dari Mesir, Abdel Fattah el-Sisi di Riyadh, Arab Saudi pada Khamis.

Xi menyatakan bahawa situasi serantau dan global mengalami perubahan besar lagi kompleks, dan dalam konteks ini, kepentingan hubungan strategik antara China dan Mesir menjadi semakin penting. 

Menurut beliau, China dan Mesir yang berkongsi falsafah dan kepentingan yang meluas, harus berganding tangan untuk membina komuniti berkongsi nasib China-Mesir pada era baharu dan melonjakkan perkongsian strategik komprehensif kedua-dua negara ke tahap lebih tinggi.

Abdel Fattah el-Sisi berkata bahawa lawatan beliau ke China pada Februari lalu dan kehadiriannya pada majlis pembukaan Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing, adalah untuk memberikan sokongan kepada China, sekali gus mempererat hubungan kedua-dua negara.

Beliau percaya bahawa hubungan antara Mesir dengan China pasti akan berkembang ke tahap lebih tinggi, dan kerjasama kedua-dua negara dalam rangka Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) pasti akan membuahkan hasil cemerlang.