Xi Dianugerahkan Ijazah Kedoktoran Kehormat Universiti Raja Saud

2022-12-09 13:09:22  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping dianugerahkan ijazah kedoktoran kehormat Universiti Raja Saud, Arab Saudi dalam majlis yang diadakan di istana di Riyadh, pada petang Khamis. Putera mahkota merangkap Perdana Menteri Arab Saudi, Mohammed bin Salman Al Saud turut hadir.

Universiti Raja Saud merupakan universiti pertama di Arab Saudi dan menjadi kebanggan negara itu.

Untuk menyerlahkan prestasi cemerlang Presiden Xi dalam pentadbiran negara dan sumbangannya terhadap persahabatan dan kerjasama antara Arab Saudi dengan China, Universiti Raja Saud dengan penuh kebangaan menyampaikan ijazah kedoktoran kehormat dalam pengurusan kepada Presiden Xi Jinping.